Panduan Untuk Bahagia

Gettogecko.com

Text Box: Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Setiap pasangan suami isteri pasti menyimpan impian untuk  menimang cahaya mata bagi menceriakan bahtera perkahwinan. Namun tidak semua pasangan beruntung berjaya  memperoleh anak sebagaimana yang diimpikan. Suatu masa dahulu bila perkara seperti ini terjadi wanitalah yang sering dipersalahkan. Namun kini telah wujud kesedaran bahawa kegagalan mendapatkan anak boleh juga disebabkan oleh masalah yang disebabkan oleh kaum lelaki dan bukan wanita semata mata. Faktor gaya hidup dikatakan sebagai antara penyebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Tahukah anda ada tujuh perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak. Antaranya ialah:
Text Box: MANDI AIR PANAS / SAUNA
Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh. 
Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma.
http://www.biodex2u.com.my/tips/images/sauna.gifText Box: 2. BERBASIKAL
Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang  terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.
http://www.biodex2u.com.my/tips/images/bicycling.gifText Box: 3. STRESS
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.
 
http://www.biodex2u.com.my/tips/images/stress.gifText Box: 4. KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.
http://www.biodex2u.com.my/tips/images/accident.gifText Box: 5. UBAT-UBATAN TERTENTU
Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.
http://www.biodex2u.com.my/tips/images/ubat.gifText Box: 6. MEROKOK
Penelitian - penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Lebih baik hentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.
http://www.biodex2u.com.my/tips/images/smoking.gifText Box: 7. MAKANAN YANG TIDAK SIHAT
Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.
http://www.biodex2u.com.my/tips/images/junk.gif

Tips Untuk Lelaki

Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa, namun jika pengeluarannya banyak itu luar biasa dan mungkin ada kaitan dengan wanita itu mengemas atau mengemut faraj, yang menjadi amalan kebiasaan wanita selepas bersetubuh.

Cara paling bijak ialah :

Text Box: Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj. 
Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.

Hubungan Kelamin Dilakukan Pada Waktu Subur

Text Box: Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak. 
Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.
48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ‘ovulasi’.
Jadi, jika hubungan kelamin dilakukan dari mulanya lendir jernih keluar dan seterusnya sehingga 2-3 hari Selepas tanda ovulasi (hubungan kelamin boleh dilakukan selang-seli atau dua hari sekali), kemungkinan hamil ialah 15% dalam sebulan. 
Positifkan minda anda, tenangkan fikiran (jangan stress) serta sentiasa berniat dan berdoa setiap kali melakukan hubungan kelamin dan sewaktu mengambil Program untuk kehamilan ini.

Tips-tips Untuk Kehamilan

http://www.biodex2u.com.my/tips/images/Couple.gif

10 Perkara Lelaki Harus Lakukan Ketika Awek sedang PERIOD

1. Hadiah coklat kepadanya. Pasti si gadis gembira menerimanya. Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu

2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan. peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang seminggu itu

3. Lelaki sering terkena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanita bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. ucapkan cinta dan pujinya cantik lebih-lebih.

4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.

5. Kala si kekasih mula bertanyakan tentang badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.

6. Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. jangan sekali-kali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaannya.

7. Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kami masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meninggikan suara

8. Adakah lebih baik kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. barulah bahagia dan serasi hidup.

9. Bagi suami, belailah isteri jika dia dalam kesakitan. dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

10. Dengan kehadiran kamu wahai lelaki yang sangat memahami, ia bakal meringankan lagi tekanan wanita. Hadiahkan wanita Kotex soft & smooth Overnight kerana ia pilihan tepat..

Bagi golongan hawa, kedatangan haid adalah satu lumrah yang harus ditempohi bagi mereka. Tidak dapat tidak, mereka yang normal akan menempohi saat ini.Namun bagi kaum adam pula, mereka seharusnya cuba memahami akan kedatangan waktu yang kritis ini. Ikuti tips-tips di bawah :

Untuk para isteri yg ingin di gelar solehah

Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

Cuba masak masakan yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

Temankan pasangan apabila melakukakan kerja bersendirian pada waktu malam.

Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin.

Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

Usah dera pasangan secara fizikal atau batin.

Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.

Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.

Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

Cuba ketawa bila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

Berkelah bersama pasangan.

Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat.

Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

Sesekali buat kuih kegemaran suami.

Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggan membantu.

Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.